sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 14 September 2014

#HAJI1435H : ARAB SAUDI LAKSANA PELAN KESELAMATAN HAJI


Menteri Dalam Negeri dan Ketua Majlis Tertinggi Haji, Putera Mohammed bin Naif telah meluluskan pelan kecemasan dan keselamatan yang akan dilaksanakan semasa musim haji ini.

Laman web arabnews.com memetik Pengarah Pertahanan Awam, Mejar Jeneral Suleiman bin Abdullah Al-Amro sebagai berkata, kelulusan tersebut adalah lanjutan daripada usaha Menteri Dalam Negeri yang membuat susulan ke atas semua perkara berkaitan dengan keselamatan jemaah haji.

Pelan keselamatan itu akan menjadi pelengkap kepada usaha Pertahanan Awam untuk menjalankan tugas-tugasnya dalam menghadapi sebarang ancaman ketika musim haji ini.

Menurut Suleiman, rancangan itu bagi menampung keperluan ketika kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Mekah dan Madinah termasuk pembesaran ruang bawah masjid Masjidilharam di Mekah.

Katanya, pelan itu disediakan berdasarkan pengalaman musim haji sebelum ini.

Beliau mengesahkan pasukan Pertahanan Awam kini sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tugas mereka tahun ini seperti yang dirancang dan turut bersedia menghadapi sebarang ancaman dan kecemasan.

Beliau berkata, rancangan itu juga mengambil kira pelaksanaan semua langkah perlu dan mencegah sebarang ancaman melalui penyediaan kelengkapan perlu dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta.

Sehingga kini terdapat 450 pusat Pertahanan Awam di seluruh Mekah, Madinah dan semua tempat-tempat suci, yang semuanya dilengkapi dengan peralatan keselamatan, ambulans, bomba dan peralatan penyelamat air.

Selain itu, unit khas Pertahanan Awam juga bersedia menangani bahan-bahan berbahaya.

Utusan Malaysia 
Mekah 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive