sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 10 September 2014

#HAJI1435H : PENGORBANAN FAKHRULRAZI IRINGI JEMAAH BUTA TUNAIKAN SOLAT DI MASJIDIL HARAM



Masih ingatkah lagi dengan seorang jemaah buta, Imam Basori Mukadji, 45, sambil ditemani pengiringnya, Fakhrulrazi Hamsin, 44, yang berlepas dalam kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke Madinah pada 27 Ogos lalu.

Bagaimanakah perjalanan kerja hajinya? Utusan Malaysia yang secara kebetulan terserempak dengan mereka berdua di terowong laluan keluar Bukit Marwah selepas solat Isyak malam tadi sempat bertanyakan Fakhrulrazi kemungkinan kesukaran yang dihadapinya ketika mengiringi Imam Basori menunaikan solat di Masjidil Haram.

"Alhamdulillah, setakat ini solat lima waktu, kami tidak pernah tinggal. Biasanya 10 minit sebelum masuk waktu kami akan berjalan sejauh 750 meter dari hotel (Hotel Abraj Al-Janadiriyyah) ke masjid.

"Saya akan pastikan seboleh-bolehnya kami berada di tempat (solat) yang boleh kami pandang Kaabah," kata Fakhrulrazi.

Ditanya setakat ini apa pengalaman paling manis selama 12 hari berada di tanah suci termasuk lapan hari di Madinah, kata beliau:


"Pada 1 September lalu semasa di Madinah, saya dan Imam Basori bergerak dari pintu Al-Fahd Masjid Nabawi berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke Bukit Uhud. Meskipun Tabung Haji ada sediakan bas untuk program ke sana, tapi kami sengaja ingin merasai pengalaman berjalan ke sana.

"Sebelum itu, saya secara bersendirian telah mencuba berjalan kaki ke Masjid Quba'. Dan saya bertanyakan kepada penduduk situ, jauhkah Bukit Uhud dan mereka kata berdekatan situ.

"Memang keinginan kami begitu kuat hendak ke sana. Syukurlah kami berjaya juga sampai, dua jam pergi dan dua jam balik (ke hotel)," katanya.

Imam Basori yang berada di sebelahnya menyifatkan pengorbanan Fakhrulrazi tidak akan terbalas olehnya sepanjang hayat beliau.

"Saya memanjatkan syukur kepadanya. Selain ke Bukit Uhud dengan berjalan kaki berdua, sudah tentu saat manis ialah dapat menyempurnakan solat lima waktu di Masjidil Haram," katanya.

- Zulkifli Jalil / utusan 
 Mekah 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive