Penyanyi dangdut yang popular awal tahun 90 an dulu , sapa tak kenal Amelina yang sering berganding dengan rakan baiknya Iwan , masih lagi anggun menawan walaupun lama menghilangkan diri selepas berkahwin.
Baru-baru ini Industri hiburan dikejutkan dengan gambar Amelina sedang bersantai di sebuah pusat membeli-belah bersama penyanyi dangdut itu ialah penyanyi Maya yang pernah dikenali dengan lagu Matahari.
Cuma pelbagai persoalan timbul apabila gambar berkenaan menjadi bualan kerana sebelum ini Amelina dikatakan sudah bertudung dan tiba-tiba gambar yang kelihatan itu menunjukkan beliau menayang rambut panjangnya.
BH Online menghubungi Maya dan beliau sudi berkongsi cerita pertemuannya dengan penyanyi yang pernah meledakkan irama dangdut suatu ketika dulu.
Menurut Maya mereka bersua minggu lalu di Bangsar Shopping Centre ditemani seorang lagi teman Amelina.
"Kami selalu berhubungan. Nak kira lama itu bolehlah juga. Kiranya hubungan kami secara sekali sekala. Sesekali kami berhubung bertanya khabar. Almaklumlah nak jumpa susah dan kami masing-masing pun mempunyai komitmen tersendiri.
"Pendek kata memang susah nak jumpa. Cuma pernah suatu hari saya katakan kepadanya, kita perlu bersua juga. Alhamdulillah jadi juga pertemuan kami.
"Cuma tak sangka ada orang yang menyedari kehadiran dia ketika kami berjumpa dan mengambil gambar kandid kami.
"Saya sendiri perasan perkara itu... dan tak sangka ia menjadi topik di laman sosial," kata Maya.
Maya sempat ditanya mengenai status sebenar Amelina sama ada sudah bertudung atau tidak sebenarnya. Kata Maya, penyanyi itu belum bertudung seperti yang disangka.
"Selama ini memang orang sudah salah erti mengenai imejnya ketika timbulnya cerita suatu ketika dulu mengenai isu rumah di Kota Kemuning, Shah Alam. Ketika isu itu timbul, dia tak nak orang kenal dan mungkin sebab itu juga dia mengenakan tudung.
"Tapi biasalah orang masih dapat cam wajahnya," katanya.
Maya sempat ditanya mengenai kehidupan Amelina. Umum tahu, rumah tangga yang dibina penyanyi dangdut itu terus menjadi tanda tanya dan rahsia. Selepas berkahwin, Amelina terus hilang daripada pandangan dunia seni.
"Setahu saya dia gembira dengan kehidupannya. Cuma bab rumah tangga saya tak pasti kerana selalunya kami tak cakap mengenai hal itu. Kami banyak berkongsi memori lama mengenai dunia seni. Dia pun sebenarnya masih mengambil tahu perihal dunia seni," katanya.
Ditanya apakah benar, Amelina bakal memeriahkan kembali dunia seni tak lama lagi, Maya memberitahu perkara itu berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan.
Maya sendiri juga dijangka keluar dengan single terbaru tahun depan.
Jika Amelina kembali ke dunia hiburan , Apj ucapkan tahniah dan semoga terus gah seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment