sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 24 November 2014

Panas !!! DAP Lancar Protes Senyap Untuk Ajar PAS



DAP secara senyap melancarkan protes terhadap rakan komponen Pakatan Rakyatnya, PAS dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran sering kali bercanggah pendapat dalam keputusan bersama pakatan.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, PAS perlu membuka mata setelah protes DAP mencalonkan ahli dari partinya bagi jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor ekoran kekecewaan parti tersebut terhadap PAS.

"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa awal pentadbirannya berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker Selangor kepada Adun PAS, sebagai ganti kerusi exco PAS yang kurang menjadi tiga berbanding empat semasa pentadbiran di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdahulu.

Namun, DAP pagi tadi mencalonkan nama Ng manakala PAS mencalonkan Adun Bangi Shafie Ngah.

Shafie akhirnya memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive