Pada bulan September yang lalu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mencapai persetujuan untuk menyerahkan 10 buah Maktab Mahmud sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Persekutuan (SABK) mulai tahun 2015. Namun begitu, Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab dalam pembayaran emolumen guru-guru yang terlibat sehingga proses pengambilalihan itu selesai. Peruntukan sebanyak RM45 juta didahulukan bagi melunaskan pembayaran emolumen kepada guru-guru yang terlibat dengan pengambilalihan ini. Pendahuluan ini akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016 setelah tanggungjawab ini diambilalih sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan juga ingin melihat lebih banyak interaksi positif berlaku di antara sekolah-sekolah pelbagai aliran agar dapat memupuk hubungan yang lebih baik. Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Cina (Persendirian) dan lain-lain akan disatukan dalam beberapa acara integrasi bagi tujuan ini. Peruntukan untuk program seperti ini akan disalurkan melalui portfolio perhubungan kaum.
No comments:
Post a Comment