sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 2 November 2014

HOT NEWS : MUHYIDDIN MAHU AKTA HASUTAN DI KEKALKAN


Admin menyokong penuh apa yang di katakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong supaya Akta Hasutan dikekalkan, dalam membendung usaha pihak tertentu yang cuba menghasut terutama membangkitkan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

“Kita tidak akan berkompromi. Kalau ada pihak yang mencabar apa lagi kalau Islam jadi sebahagian daripada Perlembagaan Negara, sudah jadi sebahagian penting dalam undang-undang. Kalau tidak boleh ungkit, jangan ungkit. Itu hasutan!

“Kalau hasutan mesti ada undang-undang untuk bertindak terhadap mereka yang suka menghasut sehingga boleh menimbulkan porak-peranda dalam negara kita.

“Sebab itu dalam soal ini, secara peribadi saya katakan Akta Hasutan itu mesti kekal,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2014 di Hotel Primula.

Bagi Admin cukuplah kita kuburkan akta ISA dan jangan lagi kita mansuhkan akta hasutan. jangan terlalu tunduk pada puak-puak Pembangkang ni.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive