sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 November 2014

DAP MAKIN GOYANG BILA PAS MULA JAUHKAN DIRI DARI PR ?



Dasyat juga penangan Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang yang kita lihat makin kurang hadir ke mesyuarat Pimpinan PR sampaikan goyang Dap , kita sedia maklum akan Pas banyak berkecil hati dengan PKR dan DAP yang sentiasa menyerang dan menyalahkan Pas dalam pelbagai hal.

Pas seringkali di ugut , di hina oleh pemimpin Dap tambah-tambah soal hukum-hukum Agama. Dap di lihat sangat biadap dan kurang ajar dengan Pas. Itu antara sebab Pas makin jauhkan diri dengan PR. 

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR.

"CEC memohon Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR, demi menjadikan PR lebih bersemangat kerana PR adalah gabungan kesemua tiga parti Pas, PKR dan DAP.

Malah DAP juga menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat PR sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

nampaknya bila Hadi dan Pas sendiri mula bertegas dan membawa diri dari PR , Dap mula goyang , tapi biasalah ini semua sandiwara politik untuk memujuk Pas , cukuplah Pas dihina dengan teruk oleh Dap . 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive