sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 7 November 2014

TUDIAA !!! DAP BEDAL HADI AWANG LAGI !!! SAPA NAK BANTU HADI NI ??




Loke berkata pemimpin pusat DAP kecewa dengan pandangan yang dikemukan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung isu ketidakhadiran Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya isu ketidakhadiran Presiden PAS bukannya isu “remeh” tetapi melibatkan soal kesinambungan dan “survival” politik Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bukan sahaja isu ketidakhadiran beliau secara fizikal dalam mesyuarat tetapi yang lebih serius ialah ketidakpatuhan terhadap keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Bagaimanakah Pakatan Rakyat dapat berfungsi dengan efektif dan melangkah ke hadapan sekiranya keputusan yang telah dicapai bersama dalam mesyuarat boleh dinafikan oleh Presiden salah satu parti kompenen secara “unilateral” yang tidak hadir dalam mesyuarat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke berkata, sebagai ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat disebabkan kesibukan beliau menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Tetapi ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah wakil PAS dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diberikan mandat penuh untuk membuat keputusan seperti mana DAP memberikan kepercayaan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan dapat berfungsi sekiranya tidak ada komitmen penuh daripada setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mematuhi dan berpegang kepada prinsip dan dasar bersama PR dan keputusan yang telah diputuskan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, isu ketidakhadiran Abdul Hadi ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.

2 comments:

Anonymous said...

Siapa yang terlalu baik dengan DAP, dia lah yang minta DAP serang Hadi.

Anonymous said...

orang umno ni memang suka batu api memecahbelahkan perpaduan eh ?

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive