sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 4 November 2014

PANAS : GUAN ENG HINA PAS LAGI? ? MALU SIOT



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dalam PR, ada parti yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Menurut beliau, parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji, malahan juga tidak menunjukkan komitmen kepada pakatan.

“Itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat PR, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan. Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh presiden (parti).

"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP sebagaimana yang dipetik KiniTV.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu. Namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Mengenai kes liwat Anwar beliau berkata  sama ada Anwar ada atau tak ada pun tak ada beza, betul?” katanya sambil disambut dengan sorakan ahli DAP yang bersetuju dengan pendapat itu.
Nampaknya DAP sudah bersedia untuk kembali jalan berseorangan tanpa PKR dan Pas, mereka yakin dengan sokongan rakyat terhadap Dap sekarang. 

Beginilah sikap bongkak dan sombong Dap yang sebenar. Pas dan PKR hanya di jadikan alat untuk mereka raih sokongan rakyat. 

Pas dan Pkr makin hancur dengan krisis dalaman yang teruk dan kesempatan ini di lihat boleh menguatkan Dap. 

Pas terus dilihat tunduk dengan Dap walaupun mereka dihina,di caci dan diaibkan oleh Dap.  

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive