Anwar Ibrahim di cabar untuk melakukan ujian Lie Detector ( Polygraph) jika dia di pihak yang benar dan tidak meliwat Saiful Bukhari , cabaran itu di buat oleh Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin Malaysia iaitu ramesh Rao Krishnan Naidu.
Anwar Ibrahim tidak perlu pusing atau putar belit cerita kepada rakyat , jika benar beliau harus berani menerima cabaran ujian Lie Detector ini. Beliau dari dulu berkata tidak salah tapi bila di cabar beliau kecut !!
Mungkin esok pembicaraan kes liwat ii Anwar akan berakhir dan masa inilah sesuai bagi Anwar membuat Ujian ini , sudahlah bersumpah laknat pun beliau takut untuk buat , ini kita hanya cabar beliau untuk membuat ujian LIE DETECTOR sahaja
Berikut adalah perkembangan terkini perbicaraan kes : -
7.00 malam : Sidang ditangguh ke jam 3 petang esok. Gopal akan menghabiskan lagi sedikit hujahannya.
6.50 petang : Gopal berkata, adalah tanggungjawabnya untuk mempertahankan kredibiliti Dr Osman yang diserang pihak pendakwa. Ini kerana Dr Osman tidak ada di mahkamah untuk membela dirinya.
6.20 petang : Gopal menekankan hujah dengan memetik beberapa kes lain, bahawa beban pertuduhan itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikannya.
Gopal memberitahu bahawa Anwar telahpun mempunyai pembelaan alibi dan juga menafikan dirinya terlibat dalam perlakuan liwat.
6.00 petang : Prosiding disambung semula dan Gopal meneruskan hujah.
5.30 petang : Prosiding direhatkan sebentar dan dijangka akan disambung sehingga lewat petang.
Gopal belum menghabiskan hujahnya yang banyak menyerang kredibiliti Saiful. Shafee dijangka akan membuat hujah balas dan Gopal meminta peluang untuk membuat penghujahan selepas Shafee.
Hadirin di kamar mahkamah mula mencongak sesama sendiri tentang prosiding ini yang bakal berlanjutan ke waktu Maghrib.
4.50 petang : Gopal menggelar Saiful sebagai 'budak yang penuh muslihat' dan 'bukan lelaki biasa'. Gopal malah menggemparkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Saiful menggunakan skil memikat agar pihak pendakwa mempercayai ceritanya.
4.45 petang : Gopal memberitahu mahkamah dengan memetik testimoni rakan Saiful di universiti. Dalam testimoni itu. Saiful sebenarnya bukanlah pemuja Anwar, sebaliknya pernah menggelarkan Anwar sebagai 'pemimpin munafik'.
Menurut Gopal, rakan Saiful itu terkejut apabila mendapat tahu dia bekerja dengan Anwar kemudiannya.
4.05 petang : Gobind mengakhiri hujahnya dan disambung oleh Gopal Sri Ram.
3.45 petang : Gobind mendesak mahkamah supaya menolak bahan bukti yang diambil dari lokap seterusnya mengatakan bahawa pihak pendakwa tidak dapat membuktikan DNA Lelaki-Y ialah Anwar, lebih-lebih lagi dengan kewujudan DNA orang ketiga.
3.25 petang : Gobind menangkis hujah yang mengatakan kaitan itu perlu diterima kerana Anwar satu-satunya yang menghuni lokap tersebut, namun dia menimbulkan keraguan dengan menyebut tentang pihak yang mempunyai akses terus ke sel tahanan itu.
3.20 petang : Peguam Gobind Singh Deo menyambung hujah pihak pembelaan dengan menyentuh soal kaitan Lelaki-Y dengan Anwar.
2.40 petang: Sangeet menimbulkan keraguan tentang penggunaan berus gigi, tuala dan botol air yang digunakan dalam lokap tahanan sebagai bahan bukti.
2.30 petang : Prosiding disambung dengan peguam Sangeet Deo Kaur memulakan hujahnya.
Sangeet memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak membuktikan DNA yang ditemui pada Saiful adalah milik Anwar sebaliknya hanya dinamakan Lelaki-Y.
Jika betulpun DNA itu milik Anwar, ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira.
1.10 petang : Prosiding direhatkan seketika dan disambung semula selepas waktu makan tengah hari.
1.00 petang : Ramkarpal berhujah terdapat sampel daripada Saiful yang menunjukkan degradasi tapi pada sampel lain ia menunjukkan perbezaan.
Ramkarpal mengulangi bahawa atas kepelbagaian keraguan, pendakwaan ke atas Anwar perlu digugurkan.
12.50 tengah hari : Ramkarpal berhujah ada sebab untuk mencurigai Supt. Jude Pereira kerana pernah didapati 'berbohong' dalam sebuah prosiding lain.
Selain itu Ramkarpal berkata bahawa siasatan terhadap Anwar tidak dijalankan dengan baik.
Ramkarpal sekali lagi menekankan bahawa perlakuan liwat tidak mungkin berlaku atas sebab Anwar pernah mengalami masalah sakit belakang.
12.40 tengah hari : Ramkarpal menyentuh soal latar belakang pakar kimia yang terlibat dalam kes itu, dan mempertahankan kredibiliti pakar kimia luar negara Dr Brian Lealie McDonald.
Selain itu menurutnya, Dr Brian tidak pernah mempertikai prosedur uji kaji yang dijalankan Dr Seah dan Dr Nor Aidora tetapi kurang bersetuju dengan hasil uji kaji DNA tersebut.
12.20 tengah hari : Ramkarpal menekankan bahawa perlakuan liwat ke atas Saiful tidak berlaku. Dia mempersoalkan tentang dakwaan berlakunya penembusan (penetrasi) sedangkan tiada kenyataan jelas daripada doktor pemeriksa tentang kesan fizikal kemasukan 'objek' pada dubur Saiful.
12.00 tengah hari : Ramkarpal berhujah tentang ketidakpastian berlaku penembusan pada dubur Saiful kerana tiada kesan fizikal ditunjukkan.
Peguam itu juga bercakap tentang kemungkinan sampel air mani yang telah diusik dan boleh diragui kelayakannya menjadi bahan bukti.
Selain itu, tempoh 56 jam sperma itu berada dalam dubur Saiful turut dibangkitkan dan ia, menurut Ramkarpal, boleh menjejaskan hasil uji kaji kerana kemerosotan sifat.
11.55 pagi : Panel hakim tiba di kamar mahkamah dan prosiding disambung semula.
Ramkarpal meneruskan hujah dengan menegaskan bahawa adalah menjadi beban pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah.
11.50 pagi : Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat memasuki kamar mahkamah dan duduk di galeri awam.
11.45 pagi : Sesi prosiding masih belum disambung semula. Anwar ambil peluang untuk bersama ahli keluarga, selain berbincang dengan para peguamnya.
11.15 pagi : Prosiding berehat sebentar. Ditangguh ke pukul 11.30 pagi.
11.00 pagi : Ramkarpal menekankan, faktor degradasi memain peranan penting dalam melayakkan sesuatu bukti.
10.45 pagi : Isu degradasi dan sampel unggul khususnya merujuk pada bahan bukti sperma dihujahkan semula oleh Ramkarpal. Menurutnya, testimoni pakar kimia Dr Seah yang memproses bahan bukti DNA daripada dubur Saiful boleh dipertikai.
10.30 pagi : Ramkarpal menafikan dakwaan pihak pendakwa yang menyatakan kemungkinan jejak DNA lelaki misteri selain Lelaki-Y adalah daripada Dr Osman yang memeriksa Saiful.
10.20 pagi : Ramkarpal memetik testimoni pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dengan menyatakan bahawa proses uji kaji spesimen bahan bukti boleh diragui. Antara lain yang dibahaskan adalah bahan bukti sperma dan tiga barang yang diambil dari lokap tahanan.
10.00 pagi : Ramkarpal dan hakim Tun Arifin Zakaria berbalas-balas soalan dan jawapan tentang perincian teknikal dan saintifik yang ditekankan pihak pembelaan.
9.45 pagi : Hakim memberi indikasi meneruskan prosiding. Peguam pembela Ramkarpal berhujah tentang bahan bukti yang tercemar dan pengendalian proses uji kaji sampel yang diragui ketepatan hasilnya.
9.32 pagi : Sebelum sesi hujah balas pembelaan bermula, Shafee terlebih dahulu bangun dan mendedahkan tentang laporan beberapa portal berita yang memberi laporan yang tidak adil.
No comments:
Post a Comment