sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 12 November 2014

KELANTAN KEDUA TERTINGGI HIV/AIDS, SALAH SIAPA?


Statistik HIV dan AIDS yang tinggi di Kelantan adalah disebabkan negeri tersebut bersempadan dengan Thailand, yang mudah menawarkan dadah dan pelacur, kata Ahli Jawatankuasa Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz.

Beliau berkata demikian dalam sebuah forum bertajuk "Hukuman Tinggal Solat Jumaat Di Kelantan: Mencari Batas Kuasa Kerajaan dan Kebebasan Rakyat" di ibu negara malam tadi.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis dan Perak, kerana akses keluar masuk yang mudah melalui Golok.

“Jika kita lihat negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand, di manakah bandar-bandar negara itu yang terkenal dengan aktiviti pelacuran?” tanya Nik Abduh sambil menekankan cabaran itu sebenarnya sangat hebat dihadapi Kelantan.

Nik Abduh mengakui kerajaan negeri sedar akan masalah tersebut. Selain mengetengahkan permasalahan tersebut melalui wakil kerajaan negeri di Parlimen, Kelantan juga telah meminta bimbingan Putrajaya untuk mengatasinya.

“Jika ada yang tidak berpuas hati, tolonglah bantu Kelantan. Adalah salah untuk mengatakan bahawa Kelantan tidak ada idea.

“Kami telah mencuba sedaya upaya memberi kesedaran kepada penduduk Kelantan dalam usaha mengurangkan kes AIDS,” kata beliau.

Kelantan merupakan negeri kedua dengan kes HIV tertinggi di negara ini selepas Selangor, kata laporan Yayasan AIDS Malaysia.

Setiausaha Agung yayasan berkenaan, Hisham Hussein berkata, terdapat 207 kes baharu telah dilaporkan di Kelantan daripada sebanyak 3,393 kes di seluruh negara

1 comment:

Anonymous said...

Tentulah bukan main gembira si KAPIRDAJAL, teramsuk dari Thailand, dgn. berita ni - negeri ISLAM yg. kuat spt. Kelantan makin dirosakkan dgn. AIDS!

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive