sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 26 November 2014

HOT NEWS : PEGUAM SYARIE HANYA UNTUK ORANG ISLAM #Kedah



Peguam syarie yang beragama Islam sahaja dibenarkan berkhidmat di Mahkamah Syariah di Kedah, apabila pindaan Seksyen 46, Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman)(Pindaan) 2014, diwartakan kelak.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pindaan ini adalah langkah proaktif kerajaan negeri untuk mengelak insiden seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan berulang di negeri ini, apabila bukan Islam memohon untuk bergelar peguam syarie.

“Pada persidangan Dun yang berakhir Rabu lalu, pindaan dibuat pada Seksyen 46(1)(3)(a) dan (b); (4) dan perenggan baru 46 (3)(c); bagi memperjelas Peguam Syarie hendaklah terdiri daripada orang Islam sahaja, dan pegawai syariah dalam perkhidmatan awam persekutuan dan negeri boleh diterima beramal di Mahkamah Syariah,” katanya.

Menurutnya, pindaan itu ialah dengan memasukkan selepas perkataan ‘mana mana orang’, dengan perkataan ‘Islam’, agar hanya peguam yang beragama Islam layak beramal di negeri ini.

“Kita ambil pengajaran apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan, apabila peguam bukan Islam Victoria Jayaseele Martin mohon untuk beramal sebagai peguam syarie, dengan alasan mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang berkaitan,” katanya.

Mohd Rawi berkata, dengan beranggapan fenomena itu (permohonan oleh peguam bukan Islam yang memiliki kelulusan) berterusan, kerajaan negeri mengambil tindakan awal untuk meminda enakmen 2008 bagi mengelak wujudnya pertelingkahan undang-undang pada masa depan.

“Jika alasan kelayakan dengan memiliki pengetahuan dalam Islam sahaja tidak mencukupi, kerana untuk berhujah dalam Mahkamah Syariah, peguam terbabit perlu merujuk pada hujah dari al-Quran dan hadis, bukan kupas fakta kes semata-mata,” katanya.

Menurutnya, peguam terbabit juga perlu memiliki kepercayaan dan keimanan pada sumber yang dijadikan rujukan iaitu, al-Quran dan hadis selain mengagungkan undang-undang yang dirujuk, di mana ia tiada dalam jiwa bukan Islam.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive