sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 14 November 2014

JPJ PAKAI UNDANG-UNDANG IBLIS ATAU SYAITAN NI ??? @NajibRazak


Aku siarkan email dari pembaca mengenai isu yang hangat di perkatakan sekarang iaitu tentang Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ yang menjalankan operasi lampu strob, HID, nombor plat .

dari rizal***@ymail.com : katanya beliau tertekan dengan saman yang beliau kena baru-baru ini. pad bulan 9 lalu lesen kereta beliau telah tamat tempoh , beliau mempunyai 11 saman trafik dan telah disenaraihitam dari membuat lesen. pengadu telah menyatakan bahawa beliau telah membayar 6 saman dan masih berbaki lagi 5 saman . 

Atas faktor kewangan beliau terpaksa menangguhkan dahulu bayaran baki 5 saman trafik sebelum ini . Beliau terpaksa berulangalik ke tempat kerja menaiki kereta walaupun beliau sedar lesen tamat tempoh kerana membawa anak kecil untuk di jaga setiap hari waktu berkerja. 

Satu hari ada sekatan jalanraya oleh pihak JPJ dan beliau telah di periksa dan disaman kerana lesen kereta tamat tempoh . Puas merayu dan beritahu mengenai bayaran saman trafik sudah dijelaskan separuh dan bukannya beliau tidak mahu membayar lesen tetapi atas faktor kewangan terpaksa ditangguhkan dahulu . 

Pegawai JPJ tersebut langsung tidak melayan rayuan beliau , sementara menanti tarikh naik mahkamah beliau sekali lagi disaman oleh JPJ dalam operasi lain atas alasan sama lesen tamat tempoh . 


Tekanan memang terlalu kuat , baki 5 saman belum dapat dijelaskan dah kena lagi 2 saman jpj . Beliau masih menanti sebutan di mahkamah bagi kes lesen ini . Tidak ada sesiapa tempat mengadu beliau telah menghantar email ini sebagai luahan kepada peraturan JPJ yang sangat melampau .. 


Ulasan aku , bukan takat isu sebegini sahaja , aku dapat tahu yang untuk membayar saman adalah hanya di lokasi atau daerah yang kena saman , bukan macam saman trafik , kalau di Johor kena saman dan tinggal di kelantan macam mana tu ??? dan selalunya terpaksa menunggu hampir separuh hari untuk membayar satu-satu saman !! 

Sebagai rakyat aku rasa terpanggil untuk bersuara !! undang-undang hutan pun tak seteruk undang-undang JPJ !! Aku harap ada pihak yang boleh memperjuangkan hak rakyat yang susah , ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang !!! 


# Nanti ada pulak yang kata pi duk dalam hutan la kalau tak mau ikut !!! IKUT WAK LU !!! Buat kerajaan cukuplah ada pihak Trafik yang mempunyai kuasa , ini sampai 3 pihak JPJ,Trafik dan SPAD !! Nak buat apa ni banyak macam ni !! jangan sampai rakyat naik angin dengan undang-undang HARAM JADAH macam ni !!! 

2 comments:

Anonymous said...

jpj pakai undang-undang anak harom!

Anonymous said...

SETUJU A.Pendang! Apa jenis penguatkuasaan dari JPJ ni yg. lansung tak dak keprihatinan terutamanya pd. masalah/penderitaan si miskin/sederhana?! Sedgkan YAB PM baru sebut nak jadikan Asean "PEOPLE-CENTRIC"!

Sedgkn KEMALANGAN BUAS makin berlambak - yg. mengorbankan MAJORITI Islam/Melayu, terutamanya oleh LORI/BAS-BUAS yg. tak takut lansung undg-undg yg. terlalu RINGAN! Sebab itu aku syak Menteri Pengakutan tu tak peduli lansung!

Kalau kat Barat pun - mana-mana pemandu/pengusaha-syarikat LORI/BAS serta KERETA-BUAS boleh DISAMAN BERJUTA serta diPENJARAkan, dan lesen PEMANDU akan diharamkan bertahun-tahun atau sampai bila-bila! Tapi kat Malaysia ni, pemandu BUAS terutamanya Lori/Bas-punya-laju atau segakaj letak lori/bas teramsuk yg. 'rosak'-tepi-jln-tanpa-tanda-isyarat-jelas - seolah mereka ini SAMSENG-TUANPUNYA-JLNRAYA!

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive