sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 20 September 2014

#HAJI1435H : SULTAN MIZAN UCAP TERIMA KASIH PADA TABUNG HAJI


Semasa majlis penyempurnaan pelepasan 279 jemaah haji ke tanah Suci di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) petang semalam , Sultan Mizan mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana terus membantu dengan memberi tanggungan kos menunaikan fardu haji yang membolehkan bayaran menunai rukun Islam kelima itu pada kadar RM9,980 seorang walaupun kadar sebenar sebanyak RM16,155.

Baginda bertitah usaha menambah baik kualiti perkhidmatan TH harus diberi pujian sehingga ia menjadi agensi contoh terbaik kepada negara Islam lain di seluruh dunia.

Baginda bertitah jemaah haji Malaysia dikenali sebagai antara jemaah yang berdisiplin dan bersopan santun.

"Ini terbukti apabila negara Arab Saudi sering memuji jemaah negara ini sebagai jemaah haji yang mempunyai akhlak terpuji serta bersopan santun.

"Beta tidak mahu bakal haji negara ini terpengaruh dan terikut-ikut dengan pergolakan yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Ikutlah peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi," titah baginda.
Tahun ini, seramai 1,674 bakal haji dari Terengganu, Kelantan dan Pahang berlepas melalui LTSM melibatkan lima penerbangan bermula 8 Sept hingga 18 Sept.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin  bertitah meminta jemaah yang bakal menunaikan haji musim ini supaya berdisiplin dan menjaga nama baik Malaysia semasa berada di Tanah Suci.






1 comment:

maae said...

Tabung Haji sebagai entiti berkebajikan dan pengurusan :-

1. Tabung Haji mesti peka bahawa deposit tersimpan dari pemegang2 akaun ada lah duit halal yang di usahakan dengan tujuan murni. Di harap simpanan ini di labur dalam sektor perekonomian yang jelas. Akhir2 ini di khabarkan duit hendak di gunakan dalam perkara urusan kafirun yang tidak jelas. Malah bukan mudharabah.

2. Sebagai pemegang amanah, keuntungan yang di rahmati, sebaik nya Tabung Haji mempunyai inisiatif agar pemilik2 akaun yang berdikit-dikit, kadangkala dalam jangka panjang, masih belum ada rezeki menunaikan haji, di taja sebahagian tambang mereka. Tidak di ketahui, PM Najib mengadakan skim ini adakah tanggungan Tabung Haji.

3. Tabung Haji juga terlibat hartanah. Malang nya tiada pembangunan bersepadu, membangunkan bandar- bandar Melayu yang lengkap seperti di tuntut Islam. Bagaimana Nabi membawa rahmat kemajuan Madinah dan Mekah. Tidak nampak kah contoh yang Allah SWT tunjukkan ? Mahu di beri perniagaan menguntungkan ? Itu pertanyaan Tuhan Yang Maha Besar...

4. Sebenar nya entiti dan institusi bumiputera itu amat besar jika di gabungkan dengan mewujudkan satu BADAN pelaburan berdaftar perniagaan ummah dalam skop dakwah dan pembangunan fizikal hartabenda. Seiringan menyahut tuntutan.

Banyak boleh di gerakkan dan mencari ganjaran dunia dan akhirat. Cuma kadangkala Umat Muhammad itu begitu malas berusaha dan berfikir di luar kotak. Sepatut nya Islam itu boleh sahaja menyaingi yahudi yang amat jelas dengan motif dan cara mereka demi memenuhi tuntutan berpusat mereka.

Kenapa Islam tidak boleh ? Ada kah berjubah - kadangkala kotor bau hapak, berkopiah, berjanggut misai panjang itu dan hanya dalam kumpulan mereka, itu Islam ? Ini kejanggalan Melayu dalam mentafsir Islam. Kerana itu Pas masih mentarbiyyah Melayu Islam mesti redho dalam kemiskinan. Hakikat nya amat berlawanan !

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive