sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 18 April 2014

AL-FATIHAH : DATO SERI DR HILMI, PEJUANG SEJATI BANGSA MELAYU MENINGGAL DUNIA PAGI TADI @NajibRazak


Apj berasa begitu besar kehilangan seorang pejuang bangsa Melayu , Dato Seri Dr Hilmi , Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) .

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat asar.

Semasa hayatnya, beliau turut memegang jawatan Pengerusi Gagasan Melayu Perak (GMP) dan juga merupakan tokoh yang aktif memperjuangkan hak-hak kaum Melayu di negara ini. 

Secara peribadi Apj begitu rapat dengan beliau , beliau banyak mengajar Apj erti sebuah perjuangan . Ayah Arwar Dato Seri Hilmi juga seorang pejuang kemerdekaan dahulu. Mewarisi semangat seorang pejuang dari ayahnya , Dato Seri Hilmi terus berjuang hingga ke akhir hayatnya . 

Kami pernah merantau ke seluruh pelosok negara sebelum pilihanraya umum 13 lalu , beliau tidak pernah kenal erti penat kerana terlalu cintakan dan mempertahankan nasib bangsanya . 
Beliau banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau kepada Apj dan sedikit sebanyak mencorak perjuangan Apj sekarang. 

Seorang guru juga seperti ayah , beliau sangat tegas , bila beliau marah kepada Apj , Apj tahu dia lakukan itu untuk kebaikkan Apj . 

Kini Apj begitu terasa kehilangan namun semangatnya akan terus Apj juangkan hingga ke akhir hayat Apj . Nasib bangsa akan terus Apj pertahankan. 

Semoga Ayahanda Dato Seri Dr Hilmi ditempatkan bersama golongan yang beriman . Al-Fatihah 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive