sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 16 April 2014

HUDUD : PAS TETAP AKAN LAKSANAKAN HUDUD WALUPUN DI TENTANG DAP DAN PKR - HJ HADI AWANG



PAS tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya seperti dipetik olehBernama.

"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud."

Abdul Hadi ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini pada Selasa.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan mahu mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan di negeri itu seawal-awalnya tahun depan.

Langkah kerajaan negeri Kelantan itu adalah sebagai menyahut keterbukaan yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan Persekutuan sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud dan qisas.

Rang undang-undang persendirian itu dijangka akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini.

Jawatankuasa teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan sebelum itu dijangka akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai berhubung hasrat kerajaan negeri Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam reaksinya sebelum ini berkata pendirian DAP berhubung pelaksanaan hudud tidak berubah dan beliau tidak mahu hasrat kerajaan negeri Kelantan itu dieksploitasi oleh Barisan Nasional.

"Semua orang tahu pendirian kami. Tidak ada apa lagi yang hendak ditambah," katanya semasa menjawab soalan pemberita mengenai pendirian DAP berhubung langkah PAS Kelantan itu.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng daripada DAP pada Isnin menegaskan 38 ahli parlimen parti itu telah secara terbuka menegaskan tidak akan menyokong langkah kerajaan negeri Kelantan itu.

"Pendirian kami jelas, ahli parlimen DAP tidak akan mengundi menyokong undang-undang hudud," katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali pada Ahad lalu memberitahu langkah kerajaan negeri Kelantan itu masih belum dibincangkan secara rasmi antara pemimpin Pakatan Rakyat dan akan dibincangkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.

"Saya pasti jika terdapat sebarang kebimbangan daripada pihak tertentu, Pakatan akan membincangkan perkara tersebut. Kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa, kita mahu orang ramai untuk mendapatkan penerangan yang jelas, " kata Azmin.

Beliau juga menjelaskan pendirian PKR mengenai isu itu tetap sama: bahawa hudud bukan sebahagian daripada rangka polisi umum bersama Pakatan Rakyat, dan ia tidak dapat dilaksanakan tanpa konsensus daripada rakan Pakatan. awani

1 comment:

Anonymous said...

Drama dr adi ajis production.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive