sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 18 April 2014

PANAS !!! SERANGAN KAUM DI KLANG ??? BIAR BETUL ??


Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan berkenaan.

"Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive