Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tidak merancang untuk bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungannya ke Kuala Lumpur minggu hadapan.
Namun demikian pegawai rasmi Amerika Syarikat tidak menolak sekiranya ada pertemuan di peringkat rendah.
Obama akan mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat pertama yang melawat Malaysia apabila tiba di sini pada 26 April depan.
Ditanya sama ada Obama akan meluangkan masa terhadnya di Malaysia untuk pertemuan itu, Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice berkata ia sebarang perancangan dibuat.
"Saya rasa presiden tidak merancang untuk pertemuan tersebut - namun mungkin ada pertemuan lain di peringkat yang lebih rendah," kata Rice.
Obama walau bagaimanapun akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.
1 comment:
Barrcak Obama bukan merupakan presiden amerika yang pertama melawat negara ini...tolong betulkan fakta..siapakah LBJ atau Felda LBJ..cari fakta tu dulu..jangan sampai orang kata kita buta sejarah..
Post a Comment