sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 April 2014

PANAS !! RAFIZI TERKEDU LAPORAN POLIS TERHADAP BELIAU DI SELURUH MALAYSIA PETANG SEMALAM !!! @rafiziramli @PDRMsia


Balai Polis Seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak Terima Laporan Terhadap Rafizi


Seluruh balai polis di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hari ini menerima laporan berhubung kenyataan menghasut daripada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di dalam buku yang bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah'.

Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi yang mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara ketika bercerita mengenai kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis turut dibuat kerana percaya buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia.


Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c).

Sebelum ini, Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama di Balai Polis Setapak dan berharap agar Ahli Parlimen Pandan ini ditahan serta disiasat berhubung kes tersebut.

RAKYAT NEWS

3 comments:

Teratai Bunga Indah said...

Apa lg kerajaan nak tunggu..ambil saja tindakan yg sewajarnya kpd org2 mcm ni kerana tiada integriti. .tiada rasa cintakan negara..tidak hormat pemimpin...dan yg paling menyedihkan...tidak pernah bersyukur kpd Allah yg memberikan kita hidup aman damai di bumi Malaysia ini...

Dyll said...

Sebab "KEPONDANAN" Kerajaanlah, maka semua kes2 yg tak elok semakin banyak berlaku. DiMalaysia sekarang macam2 ada....lgbt, murtad, bersikap biadap, fitnah dll...

Anonymous said...

Baca buku malas...dah tu larang orang baca buku pulak...teruk tul puak-puak ni takde kerja..kira buat laporan polis jer...

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive