sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday, 16 April 2014

PANAS! !! MAHKAMAH PUTUSKAN WAN AZRI BUKAN PAPA GOMO! ANWAR DEMAM KAPIOKA!


Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.

6 comments:

Anonymous said...

Padan Muka Kauuuuu......Labuu!!! Yang nak disaman tak dapat ,ko pulak kena bayar RM10,000 pada defendan....keh keh keh

Anonymous said...

Kesian ngan lahabau kena plak bayar...bajet nak dpt duit la tu..kahkahkakahakkkthuihh.

airil said...

Hahahaha. ... Siapa sebenarnya papa gomo? misteri lagi

Anonymous said...

Papagomo!!!

Anonymous said...

Baik punya backup klu tak senak perut nak bayar 10juta....wakakakaka

Anonymous said...

Mujur 1%.... kalau 10%, rm100,000 kena bayar.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive