sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 18 April 2014

HOT NEWS : DUN SELANGOR DISERANG !! TUDIAA



Lebih 20 orang ahli dewan termasuk Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh,Timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad mengalami sakit perut selepas menikmati hidangan makan tengah hari, semalam.

Ekoran insiden itu, kesemua mereka telah menerima rawatan yang disediakan oleh pihak Dun hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata, katerer yang menyediakan makanan tersebut akan diberhentikan serta-merta dan akan digantikan dengan penyedia makanan yang baharu.

"Kami telah menyiasat dan mendapati berdasarkan aduan daripada wartawan, speaker dan timbalan serta kakitangan pejabat speaker, mereka memaklumkan mengalami sakit perut selepas menikmati makanan tengah hari.

"Untuk makluman kita pilih katerer tersebut melalui tender terbuka selepas melepasi pemilihan teknikal dan memenuhi syarat harga terendah.

"Kami memohon maaf kepada semua dan semua yang terjejas ekoran kejadian ini sudah dirujuk kepada pegawai perubatan di sini," katanya kepada pemberita selepas persidangan berhenti rehat, hari ini.

Antara menu yang disediakan semalam adalah nasi putih, ikan goreng berlada, gulai ayam, gulai pucuk paku dan tembikai.

5 comments:

Anonymous said...

Allah nak bg bala xyah teruk2.bagi sakit perut jek.

Anonymous said...

Ni catering bagi kat kroni la nih. Ni lah jadinya.

Anonymous said...

Sebab air takder so bahan mentah di basuh ala kadar ajer...

Anonymous said...

Sebab air takder so bahan mentah di basuh ala kadar ajer...

Anonymous said...

Doa rakyat selangor yg teranaiya..!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive