sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday, 13 April 2014

HUDUD : PAS TETAP AKAN LAKSANAKAN HUDUD WALAUPUN DITENTANG DAP DAN PKR #HUDUD



Semua individu yang menganggotai Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tersebut berkata, arahan itu dikeluarkan dalam satu mesyuarat jawatankuasa yang diha-diri beliau baru-baru ini.

Pada masa ini, kata-nya, hanya dua individu dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengenai hudud iaitu Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan pemimpin DAP yang menegaskan parti terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tersebut tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas dalam sidang Parlimen.

Malah pendirian sama turut dinyatakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011.

Sementara itu, Ahmad dalam reaksi balas hari ini berkata, perkara itu telah diputuskan sekali gus memberi gambaran bahawa pendirian kerajaan negeri tidak akan berganjak biarpun menerima tentangan rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang.

6 comments:

Anonymous said...

"...Dan barangsiapa yg melanggar hukum hukum Allah (swt) ( melakukan yg haram atau meninggalkan yg wajib), mrk itulah org org yg zalim." 2:229.
"...Dan barang siapa yg melanggar hukum hukum Allah (swt) (melakukan yg haram atau meninggalkan yg wajib) mk sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri,..." 65:1.
ZALIM bila perintah dan hukum Allah swt tidak dilaksanakan atau bila laranganNya tidak dipatuhi.
"Dan jgnlah kamu menjadi spt org org yg melupakan Allah (swt)(perintah dan laranganNya), mk mrk lupa akan dirinya sendiri (hamba yg wajib taat), mrk itulah org org yg fasik." 59:19.
FASIK bila Allah swt (termasuk perintah dan laranganNya) diabaikan, dilupakan, tak diambil kisah, tak dipeduli.
"...dia (Iblis) enggan dan takabbur, mk jadilah dia dr golongan yg kafir." 2:34.
KAFIR bila sengaja enggan, menolak utk taat perintah dan hukum hukum Allah swt, bersikap sombong bongkak dan takabbur terhdpnya, apatah lg menentang dan membantah, na'uzubillah !
Perintah wajib hendaklah kita menyokongnya, jika ada kelemahan dan kekurangan hendaklah dimuzakarahkan dan diperbaiki agar jadi sempurna, jgn sesekali membantah, menentang, menolak yg merosakkan aqidah sendiri. Bersikap berkecuali, atau bersikap tak kisah juga bukanlah sikap mukmin sejati.
Yg bukan Islam tak perlu risau, kerana jenayah sesama bukan Islam yg tak melibatkan umat Islam, mrk boleh terus dgn perundangan yg sedia ada. Bahkan saya yakin jika mrk menjadi mangsa mrk akan lbh memilih perundangan Islam.

Anonymous said...

Sekarang orang Islam sedang menyokong hudud di Kelantan. Jgn ada lagi orang Islam yg memberi alasan itu dan ini. Sokong 100% dan ucap syukur kpd Allah SWT. Kalau ada pemimpin UMNO yg sokong ucap nahniah dan terima kasih kepadanya. Jgn kata orang itu berpura2 atau tidak ikhlas.

Anonymous said...

Sokong 100%

Anonymous said...

Jika digertak DAP,peduliksn.biar keluar pakatan asalkan hukum Allah kita iaksanakan.Tapi yg lepas2 bila kena ugut DAP ,orang PAS ni takuttttttt

Anonymous said...

Memang diorang takut dap. Bila kena tegur oleh dap kecut telor diorang

Anonymous said...

Memang itu perangai mereka. Bila dgn melayu dia nampak garang. Bila dgn cina dan india kecut 'bird' diorang.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive