sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 7 April 2014

HUDUD : UMNO AKAN BANTU PAS KELANTAN MENDAPAT KELULUSAN PARLIMEN BAGI LAKSANA HUDUD AWAL TAHUN DEPAN ? #DUDUD



"Tidak ada masalah ... sebagai orang Islam kita wajib sokong undang-undang Islam " itu kata yang keluar dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sendiri , aku kagum dengan kesungguhan Umno Kelantan dan Pusat dalam menyokong pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan yang mahu dilaksanakan Pas Kelantan. 

Mustafa Mohamed berkataBadan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata, rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan. 

Aku yakin InsyaAllah Umno dan ahli-ahli Parlimen Umno akan menyokong usul yang akan dibawa oleh Ahli Perlimen Pas Kelantan ke Parlimen nanti bagi mendapat kelulusan Parlimen untuk Kerajaan Pas Kelantan laksanakannya. 

Semoga usaha ini mendapat sokongan padu masyarakat dan paling penting dalam hal ini , Pas dan Umno perlu bersatu untuk menyokong dan kita tahu DAP akan paling kuat menentang nanti. 

2 comments:

Anonymous said...

Hukum dan perundangan Islam, tak buat sahaja dah jadi zalim. Diabaikan, tak ambil kisah, tak disokong boleh jadi fasik. Ditolak, ditentang boleh jadi kufur.
Bg muslim, tiada pilihan kecuali menyokong. Jika ada kelemahan dan kekurangan, dimuzakarahkan, ditambahbaikkan, jgn terus ditolak, bahaya kpd aqidah.
Bg yg bukan Islam, bila kedua dua mangsa dan yg memangsa kedua duanya bukan Islam, mrk boleh terus dgn perundangan yg sedia ada, dgn hakim yg bukan Islam. Tp saya yakin walau bg bukan Islam, bila memahami perundangan Islam mrk tentu memilihnya khususnya bila mrk menjadi mangsa. Hanya yg tidak memahami dan yg cenderung dgn perbuatan jenayah sahaja tidak suka dgn perundangan Islam.

Anonymous said...

Yg bukan Islam, utk mengelak terkena hudud dan hukum Islam, tentu penjenayah yg bukan Islam ini akan menjauhkan diri dr memangsakan umat Islam. Jika memangsakan umat Islam dan sabit kesalahan mk hukum Islamlah yg dikuatkuasakan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive