sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 6 November 2012

KES ROHINGYA : KERAJAAN MALAYSIA HARUS BERHENTIKAN BAWA MASUK PEKERJA DARI MYANMAR !!!



Sebagai langkah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Myanmar dan Kerajaan Myanmar yang dilihat cuma menghapuskan etnik Rohingya yang beragama Islam di Myanmar, kerajaan Malaysia harus mengambil langkah bagi menyatakan bantahan atas pembunuhan dan penginayaan terhadap Umat Islam berketurunan Rohingya di Myanmar.

Kerajaan Malaysia memeterai perjanjian menggunakan khidmat pekerja asing dari Myanmar baik muslim atau sebaliknya suntuk dibawa masuk ke Malaysia. Atas faktor semangat setiakawan segala bentuk bantuan dan pertolongan dari Kerajaan Malaysia bagi mengurangkan kekejaman terhadap Etnik Rohingya tetapi dipandang sipi oleh mereka.

Sebagai manusia yang bertamadun rakyat Myanmar harus membuka mata dan menghormati hak asasi setiap manusia di muka bumi ini dan harus saling hormat menghormati, pelbagai usaha sudah dijalankan tetapi pembunuhan dan penyiksaan tetap berterusan tanpa apa-apa cubaan untuk menghentikan keganasan ini dari pihak Kerajaan Myanmar.

Dan sebagai satu keluarga dari negara Asean , Malaysia harus memainkan peranan seperti yang dilakukan di Filiphina , langkah terakhir mungkin Malaysia boleh menghentikan serta merta pengambilan peekerja asing dari Myanmar sebagai langkah atau tekanan bagi mereka (kerajaan Myanmar) menghentikan segala bentuk siksaan kepada Etnik Rohingya dan NGO-NGO hak asasi manusia harus juga memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini.

Kita percaya jika tindakkan sama dilakukan oleh semua keluarga Asean, susah tentu kita dapat tamatkan konflik pembunuhan beramai-ramai ini.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive