sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 16 November 2012

PAS TETAP LAKSANA HUDUD JIKA MENANG MAJORITI DI PARLIMEN !!!

Aku tak terjekut dengan kata-kata beberapa pemimpin PAS jika mereka tetap nak laksanakan hukum hudud di Malaysia, kerana PAS sekarang ada banyak kumpulan, satu kumpulan yang betul-betul ikut landasan PAS dulu, satu kumpulan lain ikut puak SYIAH dan satu kumpulan lagi ikut kaum anwarinas. 

Jenis kaum anwarisnas ni aku tak rasa depa setuju dengan hukum hudud kerana geng depa dari pakatan PKR dan DAP pasti menolak terus apa yang di bawa oleh kumpulan PAS SEBENAR .

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, sekiranya Pas mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.

"Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi.

Bagi aku, pasti perkara biasa berlaku iaitu DAP pasti berkata KAMI TOLAK HUKUM HUDUD, kita tunggu jalah pak karpal keluar cerita apa pulak.. haha... PAS OWH PAS, dulu lawan 70 kerusi lebih tapi menang hanya 23 ja der.Cuba la lawan lebih dari 100 parlimen , baru la buat cerita nak laksanakan hukum apapun.. jangan dok menipu rakyat la der..

Nak buat apa kalau menang hanya 23 kerusi saja??? parlimen ada 222 kerusi la bang....


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive