sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 26 November 2012

TERJAH MURAI : LELAKI PILIHAN HATI ABBY ABADI TERJAWAB?? SIAPA DIA TU??? JOM TERJAH MURAI

Abby Abadi Bakal Bernikah Dengan Siapa?

KL, 26 NOV 2012: Walaupun yang kini manis bertudung itu sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, namun dia seorang yang aktif juga mengemaskini laman sosial Twitter dan juga Instagram miliknya dan Murai Batu adalah salah seorang follower dialah.

Namun, gara-gara foto dan status yang dikemaskinikan di dalam Instagram itu baru-baru ini, Murai Batu sendiri masih tertanya-tanya betulkah Abby akan berkahwin?

Dalam banyak-banyak foto tersebut, Murai Batu ternampak sekeping foto seperti Abby berada di dalam kedai bunga dan dalam statusnya menulis " Mencari apa yang patut untuk...Jeng! Jeng! Jeng! Huhu...Yang penting yang wajib di dahulukan, kan? Couple2 banyak dosa, kahwin semua buat dapat pahala kan? So apa lagi! Hehe 3 #JomNIKAH ;D"

Paling manis, ada sekeping foto itu seperti seorang perempuan yang kelihatan seperti Abby bersama seorang lelaki yang mana masing-masing memegang kad yang tertera ayat 'Marry me!' dan 'You and Me'. Lebih mencurigakan foto itu berserta dengan status Abby yang menulis " Cenggg! Cenggg! Tajuk Album: Takdir Penentu Segalanya..."

Status dan foto yang dimuat naik itu menjadi tanda tanya bukan sahaja Murai Batu malah peminat serta followernya juga. Malah ada yang sudah mendoakan kebahagiaan Abby serta mengucapkan tahniah di laman Instagram milik akaunnya itu.

Teruja juga Murai Batu hendak tahu siapa gerangan jejeka tersebut kerana dalam banyak-banyak komen yang diberikan oleh follower atau pengikutnya di dalam Instagram itu ada yang meneka Pak Ustaz. Kalau ya, baguslah kan kerana Abby pun sudah berhijrah.

Haiiii...kalau betul lah Abby hendak mengakhiri status jandanya baguslah dan Murai Batu hendak ucapkan tahniah, dia pun sudah agak lama bersendiri selepas bekas suaminya Norman Hakim berkahwin dengan pelakon, Memey.

Apa-apa pun, Murai Batu doakan semoga Abby bertemu dengan jodoh yang sepadan dan baik untuk dirinya.


murai.com

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive