sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 26 November 2012

PEHIMPUNAN BODOH PR DAN DONG ZONG HANCURKAN PERIUK NASI PENIAGA MELAYU DI JALAN TAR DAN RAMAI LAGI !!! KURANG AJAR TERESSA KOK DAN PAKATAN !!!

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bulan depan, dua pertubuhan bukan kerajaan nengadakan perhimpunan di Lembah Klang menuntut isu yang berbeza.

Beribu-ribu orang dikatakan berhimpun dalam perhimpunan anjuran kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan bulan lalu.

Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dipetik berkata, kerajaan perlu memenuhi kehendak rakyat dan memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular.

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan membawa bendera Pas, PKR dan DAP.

Perhimpunan itu meluluskan dua resolusi diluluskan, antara lain menggesa kerajaan menyemak semula pelan pandidikan.

Dong Zong akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pelajaran, yang juga timbalannya.

Sementara itu, kumpulan anti-Lynas meneruskan Himpunan Hijau di kawasan Dataran Merdeka walaupun kawasan itu ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejas perancangan penduduk pada hujung minggu.

Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang keterlaluan.

Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.

Malah peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran DBKL untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama.

Peniaga gerai minuman, Rahman Ahmad, 39, berkata perhimpunan itu menyebabkan perniagaannya di Masjid India terjejas.

"Kebanyakan pelanggan saya lari setelah melihat mereka... ada juga yang tidak sempat bayar," katanya.

Jururawat Hospital Kuala Lumpur, Azizah Daud, 40, pula kesal dengan perhimpunan itu yang dilihat boleh mencemar imej negara dan memberi gambaran negatif kepada pelancong asing.

"Saya melihat sendiri peserta perhimpunan menghalau segelintir pelancong asing yang ingin mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ini memalukan negara kita," katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Ashraf Mohamad, 20, terpaksa membatalkan hasrat membeli barangan persekolahan setelah adiknya sesak nafas berikutan terperangkap dalam kalangan peserta himpunan itu.

"Saya tidak menjangka perkara ini berlaku. Peserta himpunan ini tidak memikirkan akibat tindakan mereka kepada orang lain," katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive