sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 29 November 2012

TUDIAA !!! HARIMAU MALAYA MENGAMOK BELASAH LOAS 4-1 !!! AUMMMMM !!!!



SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.

Harimau Malaya yang dikritik kerana persembahan hambar pada saingan pertama bagaimanapun mempamerkan aksi garang sebaik sahaja perlawanan bermula.

Pada minit ke-11, Safee Sali hampir membuka tirai jaringan, namun sepakan beliau tersasar ke kanan gol.

Selang minit kemudian, gerakan cantik Kunanlan Subramaniam dari kiri ke kotak penalti dan membuat hantaran kepada Safee terus gagal membolosi gawang Laos.

Penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila sepakan percuma yang diberi kepada Harimau Malaya di kotak penalti berjaya dilakukan baik oleh Safiq Rahim pada minit ke-15 untuk mendahului di depan.

Susulan gol pertama, Malaysia nyata bersemangat dan gerakan menarik Mat Yo yang membawa bola ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran kepada Safee, sekali lagi gagal apabila percubaan penyerang pelita jaya itu tidak menepati sasaran.

Selepas itu, peluang baik Malaysia untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-29 menerusi Mat Yo tidak berhasil apabila sepakannya dari kanan tersasar

Malaysia terus mengasak, Safee sekali lagi membuat rembatan dari luar kotak penalti tetapi masih tidak berjaya.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila jaringan Khonesavanh Sihavong menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Sepuluh minit separuh masa kedua, Mat Yo hampir memberikan gol kedua buat Harimau Malaya, begitu pun pengerakan cantik Mat Yo tepat kepada penjaga gol Laos.

Selepas itu, hantaran Mahali kepada Safee dari sudut kanan terus tidak berhasil apabila tandukan Safee tidak menepati sasaran.

Safee akhirnya berjaya menembusi gawang gol Laos hasil hantaran Wan Zack Haikal dari kanan sekali gus selesa mendahului 2-1.

Susulan itu, Malaysia terus ghairah menambah jaringan apabila Wan Zack Haikal meledakkan gol ketiga buat tuan rumah.

Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun gagal membolosi gawang lawan.

Anak buah Rajagobal menutup tirai perlawanan dengan gol keempat menerusi Mohd Khyril Muhymeen pada babak terakhir perlawanan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive