sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 6 September 2014

#HAJI1435H : ANAK MALAYSIA HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI ARAB SAUDI @NajibRazak @mukhrizmahathir



Laporan Haji 1435H
Mekah

Pertama kali menjejak kaki di Metro Line Arab Saudi , iaitu sistem keretapi yang beroperasi semasa musim haji di Arab Saudi perasaan mula bangga apabila melihat ramai anak Malaysia yang bertugas disini.

Rakyat Malaysia diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi mengurus 750,000 jemaah semasa Wukuf yang perjalanan menggunakan sistem rel Metro Line ini.

Malah lebih menarik lagi kepakaran anak Malaysia digunakan untuk melatih kira-kira 6500 penduduk Arab Saudi dalam pengendalian stesen perkhidmatan rel ini.

Admin dan rakan2 bertemu dengan Penyelia Kakitangan Malaysia yang bertugas di Stesen Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line Arab Saudi , En.Abdul Halim Abdul Rahman , beliau berkata ini kali ke3 Express Rail Link (ERL) memberi sokongan operasi kepada stesen yang di kenali sebagai Metro Mekah itu sepanjang musim haji dengan menghantar 53 orang pekerja ke Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia berganding dengan Syarikat China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) , syarikat yang dilantik kerajaan Arab Saudi bagi mengendalikan Metro Mekah berdasarkan kriteria Malaysia antara Negara Islam membangun yang mempunyai kepakaran mengendalikan stesen aliran ringan .

Sebagai anak Malaysia saya amat berbangga dengan pengiktirafan Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia .

Admin MMFC
Mekah

#MMFC #Haji1435H #Malaysia #KedahSerataRata

P/S : Laporan Harian Haji boleh diikuti di page rasmi Mukhriz Mahathir Fc 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive