Sehubungan itu katanya, sebagai calon yang dianggap "underdog", beliau merasa lebih yakin untuk bertanding jawatan naib presiden kerana mempunyai kelebihan dari aspek itu.
"... saya juga dianggap sebagai mewakili kumpulan marhaen dalam Umno dan kumpulan ini yang paling ramai dalam 148,000 ini," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Menurut Mukhriz lagi, transformasi yang dilaksanakan dalam pemilihan kali ini juga bertujuan bagi mengekang amalan politik wang yang dahulunya sering dikaitkan dalam pemilihan Umno.
"Antara tujuannya, kalau pun ada pihak yang cuba-cuba hendak amalkan juga politik wang ini, proses sekarang ini lebih menyusahkanlah.
"Tak akan cukup punya (duit hendak tabur). Saya ingat tak boleh pun," katanya lagi sambil menambah, politik wang sebenarnya tidak menarik minat generasi muda dalam Umno.
Pada pemilihan Umno bulan hadapan, Mukhriz bakal berhadapan pertembungan enam penjuru, tiga daripada penyandangnya dan dua yang lain.
No comments:
Post a Comment