sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 28 September 2013

PANAS !! KES ANAK ALLAHYARHAM UST AZIZAN PUKUL POLIS KELMARIN !!!



Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan.

Kalau mengikut blog Kedahan, Insiden tersebut berlaku, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi pada waktu Ustaz Azizan baru meninggal dunia, apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ.

Anggota polis tersebut telah menjalankan tugasnya sepertimana yang diarahkan, termasuklah merakamkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang datang berziarah termasuklah pemimpin-pemimpin politik.

Hal tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang anak Allahyarham dari isteri pertamanya.

Selesai menjalankan tugasnya, anggota polis tersebut keluar dari Wad ICU serentak dengan ketibaan Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Ketika dia melangkah keluar, anak lelaki Allahyarham Azizan telah menerpa dan memukul kepala serta menendang anggota polis tersebut berulang-ulang kali.

Berlaku pergelutan yang turut membabitkan beberapa orang penyokong PAS. Anggota polis tersebut tidak melawan memandangkan ianya berlaku di pintu masuk utama, ditambah pula dengan keadaan sesak serta kehadiran Menteri Besar Kedah yang ingin menziarahi jenazah.

Seorang bekas pengawal peribadi dan anggota polis yang dikenali dengan nama Shahril telah cuba meredakan pergelutan dan pertelingkahan tersebut. Bersama-sama anak Allahyarham Azizan, Shahril telah memaksa anggota polis berkenaan dengan nada tinggi agar memadamkan kesemua gambar yang telah dirakamkan dengan menggunakan telefon tangan berjenama Sony XPeria Miro di hadapan khalayak ramai.

Setelah gambar-gambar tersebut dipadamkan, anggota polis tersebut bersama-sama seorang detektif telah meninggalkan pekarangan hospital bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar.

Anggota polis tersebut akhirnya membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

Sebagai anggota polis yang sedang menjalankan tugas, sepatutnya anak lelaki Allahyarham Azizan lebih memahami dan tidak berhak memukul anggota polis terbabit. Sebaliknya dengan menggalas nama besar Allahyarham bapanya yang merupakan pemimpin yang disegani baik lawan mahupun kawan, seharusnya memadai dengan teguran dan permintaan agar tiada gambar yang dirakamkan dalam wad berkenaan.

Tindakan samseng sebegitu, tidak akan memberikan sebarang penyelesaian. Barangkali anak lelaki Allahyarham Azizan yang terlibat dalam insiden tersebut tidak pernah tahu bahawa, Allahyarham bapanya adalah bekas pemimpin negeri.

Justeru, sebarang langkah keselamatan perlu diambil oleh pihak berkuasa, terutama sekali polis. Rakaman gambar yang dibuat, bukan untuk diletakkan dalam album, sebaliknya sebagai rujukan seandainya berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh jenazah berada di wad sehinggalah dikebumikan.

Malangnya, kalau dah namanya orang PAS, mereka bukan sahaja sombong dan bodoh, bahkan berlagak samseng seolah-olah tiada undang-undang yang boleh menakluki diri mereka!

Dari blog kedahKekl


Apj : kecewa apabila berlaku macam ni , kebaikan nama ustaz azizan tidak dapat dijaga oleh anak dan penyokongnya. 

1 comment:

Anonymous said...

KHUSUS BUAT ANAK AZIZAN YANG BUDIMAN DAN BERPEKERTI MULIA....SUNGGUH MALANG SEORANG BAPA KERANA MEMPUNYAI SEORANG ANAK YANG ANGKUH, SOMBONG.TAKBUR MALAH LUPA DIRI.....SIA-SIA PENDIDIKAN YANG DIBERI AGAR ANDA MENJADI MANUSIA, SEBALIKNYA ANDA MENJADI SPESIS YANG PELIK DAN SOMBONG PULA...INGATLAH ARWAH BAPA ANDA BERKUASA DULU PUN ADALAH ATAS KEHENDAK ALLAH DAN IA JUGA MERUPAKAN UJIAN YAKNI UJIAN KESENANGAN DAN KUASA...TAPI SAYANG ANDA TEWAS DENGAN UJIAN SEDIKIT ITU.....LANTAS ANDA LUPA ASAL USUL DAN JADI MANUSIA BIADAB DAN KURANG AJAR...SEBENARNYA ARWAH BAPA ANDA TIDAK SEHEBAT MANA DAN TAK SEGAH MANA PUN DALAM MENTADBIR...BANYAK KELEMAHAN NYA......TAK PAYAH LAH DISEBUT SEMUA ITU LU FIKIR LAH SENDIRI.....SEPATUTNYA DALAM SITUASI SEBEGINI ANDA JADI SEORANG YANG TENANG DAN BERLAPANG DADA DAN MEMBIARKAN ARWAH AYAH ANDA PERGI DENGAN TENANG.....TAPI SAYANG LANTARAN NAFSU AMARAH YANG MEMBUAK BUAK SERTA KEEGOAN YANG TIADA BATAS NYA ANDA JADI MENUSIA YANG KEJI......INGATLAH PAS BUKAN LAH SEGALANYA...PAS ITU BUKAN ISLAM DAN DEMI ALLAH ISLAM ITU BUKAN PAS....DUA =DUA NYA AMAT JAUH BERBEZA.....PERCAYALAH HANYA KERENDAHAN DIRI DAN KETINGGIAN PERIBADI MERUPAKAN LAMBANG MARUAH DIRI SESEORANG ITU BUKAN NYA PANGKAT,KEDUDUKAN SERTA JAWATAN BAPA......yang ilhlas ABE MUD

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive