sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 7 September 2013

GEMPAR!! TUDIAA!! BR1M PUN ADA NEGARA TIRU!! @NajibRazak #TF4MT

Kejayaan Malaysia melaksnakan pemberian bantuan BRIM kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bagi mengurang bebanan sara hidup telah menjadi ikutan negara jiran kita iaitu Indonesia..

Dalam pemberian pertama BRIM dahulu kerajaan Malaysia telah memberikan sebanyak RM 500.00 kepada ketua keluarga berpendapatan bawah RM 3000.00 dan telah mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat.

Dalam pemberian BRIM kali kedua, Kerajaan Malaysia telah menambah golongan muda berumur 21 tahun ketas juga menerima BRIM berjumlah Rm 250 dan Ketua Keluarga berpendapatan bawah Rm3000.00 sebulan sebanyak Rm500.00.



Dengan pemberian BRIM ternyata dapat mengurangkan beban rakyat kerana kenaikkan harga minyak dan kos sara hidup. Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan akan terus memberikan BRIM kepada rakyat sehingga Rm1200 secara berperingkat.

Melihat kejayaan Malaysia melaksanakan BRIM bagi membantu rakyat , Indonesia juga telah melaksanakan bantuan kepada rakyatnya ekoran kenaikkan harga minyak. Indonesia telah membuat Bantuan Langsung Sementara Masyarakat atau BLSM. Walaupun hanya sedikit tetapi kita harus faham akan bilangan penduduk Indonesia yang banyak. Ada juga yang menolak BLSM nih sama seperti Malaysia tetapi bukankah kita diajar untuk bersyukur?

Bagi Apj langkah Indonesia itu satu perkara yang baik untuk rakyatnya. Kita di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana apa yang diberikan oleh Kerajaan terlalu besar berbanding negara luar yang turut teruja mengikut langkah Malaysia.

Jika ada yang berbunyi pasal BRIM ni lebih baik simpan sajalah, bunyi-bunyipun sapu jugak duit tu.huh!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive