sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 15 September 2013

HOT NEWS !!! SAH !! DAP SEBENARNYA ADALAH PARTI PRA SEKOLAH !! @cmlimguaneng #CECDAP


Walaupun sudah berusia 47 tahun tetapi DAP boleh disifatkan sebagai parti 'Pra Sekolah. Parti yang hanya dikuasai oleh satu dinasti keluarga sahaja, harap cakap sahaja kononnya memegang konsep dan prinsip demokrasi tapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya.. huh !!

Amalan demokratik mengikut fahaman mereka adalah parti hanya boleh dikuasai oleh kaum keluarga Lim yang diterajui Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung,"

DAP walaupun banyak peguam didalamnya tetapi masih lagi bengap dan tidak tahu pelembagaan parti. Guan Eng sendiri tidak memahami Perlembagaan parti berikutan notis 10 minggu bagi kongres pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Ahli-ahli DAP juga kurang pandai mengira. Kertas undi yang hanya berjumlah 1,823 boleh disilap kira dan mengambil masa selama tiga minggu?" Itu tandanya DAP sebenarnya adalah Parti Pra Sekolah !! Huh !!!

Apa yang Apj tahu DAP ni selalu tibai SPR, katanya SPR ni tak betul dalam pilihanraya tapi apa yang berlaku DAP sendiri tak reti dan tak mampu mengurus CEC mereka sendiri secara adil dan telus. Itu baru CEC bukannya mereka jaga SPR !! huh !!!

Apabila menuduh orang memang DAP lah juara tapi bila berlaku dalam partinya sendiri , tak betulpun jadi betul .. huh ..

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive