Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kenyataan Surendran itu tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya mengundang kemarahan orang Melayu.
"Jika inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin PKR, sudah tentu apabila parti itu dapat memerintah negara, segala keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan," katanya, semalam.
Surendran dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dengan mendakwa pengumuman perdana menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.
Kenyataan itu mendapat reaksi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan Bumiputera.
Sementara itu Nazir berkata, hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin.
"Sebagai peguam, Surendran sepatutnya memahami bahawa termasuk dalam senarai Hak Istimewa Orang Melayu menurut Perkara 153 adalah jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi," katanya.
Katanya, dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957, raja-raja Melayu secara tegas menetapkan syarat untuk memastikan status Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu terjamin.
Seorang lagi Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam turut menyifatkan kenyataan Surendran itu tidak munasabah di samping menunjukkan pemimpin pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan sokongan politik.
“Beliau kena sedar Bumiputera di negara ini melebihi 60 peratus. Namun, pelaksanaan MEB fokus kepada mendapatkan 30 peratus ekuiti negara kepada orang Melayu dan Bumiputera. Segala usaha kerajaan untuk memperkasakan ekuiti Bumiputera yang kini cuma mencapai 23 peratus perlu disokong,” katanya
Sinar
2 comments:
orang melayu tok sah bising2, mengikut fakta si surendran ni dah menghasut iaitu pedebatan yang di lakukan di dalam kontek menimbulkan keresahan/tak puas hati rakyat, dok tunggu apa lagi dakwa aje si mamat ni senang cerita dok buat bising2 buat habiskan beras dan si mangkok akan dapat rating cantik, orang melayu asyik dok.. tak pa...tak pa
Wakil Rakyat Parlimen Pdg Serai yang dinobatkan oileh Melayu Islam. Wakil Rakyat kebangaan Melayu Pdg Serai. Melayu Pdg Serai bangga dengan N Surendran....Go Head N Surendan..tidak perlu agenda untuk Melayu....you are the best
Post a Comment