sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 30 September 2013

GEMPAR !! PENDUDUK DUN SG LIMAU TERKEJUT KEHADIRAN MUKHRIZ !!@NaiibRazak @MukhrizMahathir #MM4VP #PRKSGLIMAU


Petang semalam selepas balik dari mesyuarat di wisma Darulaman , Apj terus berkejar ke Bukit Besar , Dun Sungai Limau di katakan Datuk Mukhriz akan ke sana dalam Majlis santai di warung Pak Su. 

Majlis ringkas tersebut di selitkan dengan tahlil untuk Arwah Ustaz Azizan , mantan Menteri Besar Kedah yang juga Adun Sungai Limau. 

Tahlil dan bacaan doa tersebut di ketui oleh imam masjid Bukit Besar iaitu Ustaz Sayuti, turut dihadiri oleh barisan exco Kerajaan negeri Kedah dan barisan kepimpinan Umno/BN di ketui oleh Dato Suhaimi Abdullah. 

Penduduk sekitar yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar baik dari Umno mahupun Pas , keterujaan mereka adalah kerana tidak tahu akan kehadiran Menteri Besar ke situ , kerana majlis ini hanya dirancang awal pagi. 


Penduduk Bukit Besar di beri peluang beramah mesra dan bertanyakan soalan kepada Menteri Besar. Ternyata keterbukaan , rendah diri dan menghormati pihak lawan menarik minat penduduk untuk lebih mengenali Menteri Besar secara lebih dekat. 

Kita semua tahu , Bukit Besar di Dun Sungai Limau adalah antara kubu terkuat Pas sendiri tetapi sikap dan cara Datuk Mukhriz di lihat berjaya menarik dan mengambil hati mereka. 

Dalam soal jawab dengan penduduk , ternyata mereka mahukan pembangunan dan kemudahan untuk mereka di Dun Sungai Limau. 

Semoga PRK Sungai Limau ini membuka lembaran baru dan rakyat Sungai Limau juga menikmati pembangunan seperti di kawasan lain. 





Info PRK DUN SUNGAI LIMAU KLIK SINI

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive