sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 29 September 2013

KERUSI PANAS PEMILIHAN !!! MUKHRIZ ANCAMAN ATAU PEMIMPIN MASA HADAPAN ?? @MukhrizMahathir #MM4MT



Apj tak tahu apa sebenarnya yang ditakuti oleh musuh politik DP Mukhriz , macam-macam perkara yang sanggup dilakukan oleh mereka , demi memastikan Mukhriz tidak terus naik ke peringkat kepimpinan tertinggi Umno. 

Tidak di nafikan aura kepimpinan Mukhriz makin terserlah , lebih-lebih lagi membawa Bn kembali menakluki Kedah dan terus diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. 

Baru -baru ini laporan berat sebelah oleh The Economist menyatakan bahawa Mukhriz menjadi ancaman kepada Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan dan perebutan Naib Presiden nanti. Apj petik kenyataan Tun M tentang perkara ini. 





Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.

Dr Mahathir berkata majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.

"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.

Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terdahulu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membaca buku cerita kepada kanak-kanak di perpustakaan yang terletak di dalam bangunan yayasan itu dan melawat gerai pameran di sana.

Selepas menghadiri hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau dan isteri turut menghadiri majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Sirkit Pancing Putrajaya siri ketiga tahun 2013 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Perbadanan Putrajaya di Tasik Presint 8 di sini.

Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada pemenang sirkit pancing itu.

Nik Nazriariffin Nik Hassan, 34, muncul juara dengan memenangi hadiah pertama berjumlah RM7,000 setelah menangkap ikan tenggalan seberat 3.1 kilogram (kg).

Tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 dimenangi Mohd Akmal Hashim, 26, dengan tangkapan ikan tenggalan seberat 2.4 kg, manakala tempat ketiga dimenenangi Rosli Chik Mat, 45, yang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 selepas menaikkan ikan tenggalan seberat 1.9 kg.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat. - Bernama

1 comment:

Unknown said...

DP Mukhriz dirasakan boleh menjadi pemimpin yg baik pada masa depan. Sebab itulah para penggiat politik lain yg berpolitik dengan niat yg tidak ikhlas menganggap ianya satu ancaman. Tetapi bagi masyarakat dan mereka2 yg pernah mengikut beliau sepanjang perjalanan dan gerak kerja dalam perbagai progran dan aktiviti dapat menilai beliau. Baik gerak kerja politik mahupun kemasyrakatan beliau tetap berpegang pada prinsip beliau walaupun boleh menjejaskan belau secara peribadi. Beliau tidak hanya sayang pada jawatan tetapi lebih say ang kepada masyarakat bawahan yg dirasak a n lebih utama. Tidak gemar kepada permainan yg boleh menyebabkan maruah dan imej tercela. Sanggup menerima risiko tewas daripada menggunakan cara2 yg tidak betul demi meraih sokongan dan pengaruh.

Bagi pihak yg sebenarnya berpolitik untuk Rakyat..... Bangsa...... Agama dan Negara.akan menganggap DP Mukhriz adalah Pemimpin Masa depan.

Sebaliknya pula bagi pihak yg berkepentingan Peribadi akan menganggap orang seperti DP Mukhriz adalah Ancaman. Kerana orang yg sebegini akan menyebabkan mereka2 yg unyai agenda peribadi terancam serta boleh memusnahkan segala cita2 peribadi mereka.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive