sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 1 September 2013

TUDIAAA !!! OBAMA MENANGIS PULAK DAH !! PASAI APA NIH !!! @BarackObama



FILEM 'The Butler' yang berkisar mengenai seorang pelayan kulit hitam di Rumah Putih sewaktu pemerintahan tujuh presiden Amerika Syarikat (AS) telah membuatkan air mata Barack Obama mengalir.

Perasaan Presiden AS itu campur aduk ketika menonton lakonan Forest Withaker sebagai teraju utama.

"Kalau anda mahu tahu, saya sudah menonton 'The Butler' dan saya menangis," ujarnya ketika menjadi tetamu jemputan bersama DJ radio, Tom Joyner dan Sybil Wilkes.

Obama berkata, beliau amat tersentuh ketika membayangkan bagaimana pelayan-pelayan yang bekerja di Rumah Putih.

Filem tersebut menggambarkan bagaimana golongan itu walaupun sebagai generasi yang sangat kompetan, namun nasib kurang menyebelahi mereka kerana masalah diskriminasi dan hal lain sehingga tidak berkesempatan untuk mendapat pekerjaan lebih baik.

Ketika ditanya bahagian yang diminatinya dalam filem itu, Obama berkata beliau berkata, "Mungkin ketika lakonan watak yang dilakonkan oleh Cuba Gooding Jr," tambahnya.

Obama turut memuji lakonan pelakon-pelakon di dalam filem tersebut.

"Pada pandangan saya, Forest Whitaker sangat hebat dan Oprah (Winfrey), my girl, memang boleh berlakon.

"Dia adalah pelakon yang bagus," tambahnya lagi.

'The Butler' merupakan kisah benar tentang seorang pelayan di Rumah Putih bernama Eugene Allen.

Filem arahan arahan Lee Daniels itu turut dilakonkan oleh Jane Fonda, Mariah Carey dan Robin Williams. SINAR

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive