sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 27 September 2013

HOT NEWS !! PRK SG LIMAU !! PELUANG BN CERAH !! @NajibRazak #PRKSGLIMAU



BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil di kerusi Dun Sungai Limau berdasarkan rekod dan prestasi BN yang semakin baik setelah berjaya merampas Kedah daripada Pas pada PRU13 lalu.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, kemenangan Umno-BN dalam mana-mana pilihan raya akan tercapai jika jentera dan kepimpinan di semua peringkat dapat bekerjasama dan tidak berpecah-belah.

“Insya-ALLAH, sekarang kerajaan BN di Kedah, saya lihat kita ada harapan (Dun Sungai Limau).

“Kita semua perlu bekerja kuat, kalaulah semua orang Umno khususnya orang kita bersatu, kemenangan boleh kita perolehi, jangan kita berpecah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kerusi Dun Sungai Limau yang dikosongkan oleh penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak selepas meninggal dunia pada 11.10 pagi semalam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 69 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu.

Pada 9 Mei lalu, selepas PRU13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 4 Ogos selepas keadaannya agak stabil.

Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah meninggalkan dua isteri iaitu Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta lapan anak.

Azizan sebelum ini adalah Pesuruhjaya Pas Kedah sebelum diambil alih oleh Datuk Mahfuz Omar.

Pada PRU13, Azizan menang di kerusi Dun Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim

1 comment:

Anonymous said...

Apa punya bodoh menteri ni. Kawan baru mati dah tunjuk tamak kuasa. Kalah atau menang di Sg.Limau tak membawa sebarang erti pada rakyat Kedah. Untuk ego pemimpin saja.

Sudah pasti PRK kedua selepas PRU13 akan diadakan tak lama lagi. Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.

Balik pada PRK; Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada DAP, biarkan mereka menang tanpa bertanding. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14.

Sebaliknya, jika BN menang di Sg. Limau, sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive