sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 23 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! APA MAIN TUMBUK2 NIH !!! HUH !!! @NajibRazak

Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

“Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

“Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno,” katanya.

Apj : orang macam ni tak patut ada dalam Umno !!! Busuk !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive