sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 27 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KES TUN FAISAL ADALAH MASALAH TEKNIKAL !!! @NajibRazak @muhyiddin_yassin @khairykj @tunfaisal #TF4MT


Kemelut yang melanda calon Majlis Tertinggi Umno dari Exco Pemuda Umno iaitu Tun Faisal yang digugurkan dari pertandingan sedikit terubat apabila Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin membuat rayuan kemarin. 

Tun Faizal Ismail Aziz yang digugurkan daripada senarai pemilihan kerana dikatakan tidak memenuhi syarat, Khairy berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah masalah teknikal menyebabkan beliau terkeluar daripada pertandingan.

"Saya telah membuat rayuan kepada pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semalam pun saya telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali tentang kes ini sebab Tun Faizal adalah calon yang disokong oleh Pemuda Umno.

"Selain daripada itu, ini soal keadilan. Bagi saya, janganlah kerana teknikal, kerana tidak disebut di situ jawatan Pusat....dia dikeluarkan. Secara hakikinya Jawatankuasa Pemuda Pusat lagi tinggi daripada jawatankuasa bahagian.

Jadi, takkanlah disebabkan teknikal, dia terkeluar daripada pertandingan. Saya rasa itu tidak adil. Saya sudah buat rayuan dan harap rayuan itu diterima,"

Bagi Apj Tun Faisal banyak berjasa pada Umno kerana beliau bukan sahaja menjadi ikon pada belia-belia tetapi juga pada mahasiswa seluruh negara , pendekatan beliau mendekati mahasiswa secara dekat banyak menarik minat mahasiswa untuk menyokong kerajaan. 

Kita boleh lihat selepas sahaja diumumkan beliau digugurkan dari bertanding sebagai calon Majlis Tertinggi begitu ramai mahasiswa kecewa kerana mereka mahu ikon muda berada dalam barisan atasan pemimpin Umno agar suara mereka boleh sampai ke peringkat atasan. 

Bukan itu sahaja , Tun Faisal juga selalu berada dibarisan hadapan untuk berdebat dengan pihak pembangkang dalam pelbagai isu. Keberanian ini yang harus ada dalam barisan pemimpin Umno bukannya hanya pandai bercakap di media tapi takut dan kecut berhadapan dengan pihak pembangkang. 

Jadi Apj dan barisan mahasiswa utara berharap agar rayuan dari Ketua Pemuda Umno ini dipertimbangkan dan diluluskan. 




No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive