sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 11 September 2013

HOT NEWS !! BANTU PEMANDU2 TEKSI PENDANG ATAU MEREKA GULUNG TIKAR !! @NajibRazak @suraya_yaacob @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur

10 tahun dulu jasa dan kudrat mereka pemandu-pemandu teksi kawasan Pendang ni memang ditagihkan atas faktor susah mendapat kenderaan untuk menghubungkan kawasan pendalaman dan bandar di Pendang dan sekitarnya.

Kepesatan ekonomi dan kemajuan negara sedikit sebanyak telah menenggelamkan jasa dan budi mereka. Masyarakat banyak yang dah ada kereta sendiri dan boleh kesana kesini tanpa memerlukan khidmat pemandu-pemandu teksi ni.

Walaupun masa dan keadaan dah berubah tetapi masih ada lagi antara pemandu-pemandu teksi ni mencari rezeki dengan membawa teksi sekitar pekan Pendang walaupun memang jarang masyarakat menggunakan khidmat mereka.



Apj lihat dan bersimpati dengan nasib mereka , mereka bukan seperti pemandu-pemandu teksi di bandar-bandar besar yang menggunakan gas sebagai pengganti petrol, mereka disini hanya menggunakan petrol semata-mata.

Semenjak kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol Ron95, perkhidmatan mereka tiba-tiba di perlukan masyarakat untuk ke bandar-bandar besar seperti Alor Setar atas faktor lebih jimat , namun keuntungan mereka terlalu sedikit kerana kos minyak meningkat dan sangat membebankan mereka.

Rayuan ahli-ahli Persatuan Teksi Pendang yang mahu kerajaan memberi bantuan subsidi petrol sangatlah Apj sokong demi nasib pemandu-pemandu teksi di Pendang ini yang terdiri dari golongan berusia dan bergantung penuh pada rezeki membawa teksi.

Jasa perkhidmatan mereka terlalu besar pada masyarakat luar bandar , jadi sebelum semuanya gulung tikar akibat tekanan harga minyak , mohonlah kerajaan membantu mereka dengan memberi subsidi petrol kepada mereka. Jasa mereka juga besar pada rakyat.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive