sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 5 September 2013

TUDIAAA !!! PETRONAS DAH CAKAP PASAL MINYAK !!! @NajibRazak

Petroleum murah: Petronas buat penjelasan



PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan
jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.


Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.

Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.

Ini bertentangan dengan negara seperti Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.

Minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium US$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada US$115.38 pada hari yang sama.

Petronas berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.

Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.

Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Timur tengah seperti Mesir dan Syria.

“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan.

“Subsidi besar merupakan perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap," kata Petronas. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Nie fakta yg sebenar, tp berapa ramai yg tahu, nak ambil tahu atau buat tak tahu, tp berkokok kat kedai kopi...pergghhh...mengalahkan CEO Petronas.....kehkehkehkeh

Anonymous said...

Org yg tiap-tiap ari brgelumang dgn minyak pun kata harga kat petrol pam lebih murah dari kos. klu nak harga lebih murah elok pegi sedut sendiri minyak dalam tanah dan proses sendiri. Nak tahu dpt minyak atau jadi arang.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive