sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 26 September 2013

TUDIAAA !!! LEBIH 30000 PELUANG KERJAYA !!! TUNGGU APA LAGI !!! @NajibRazak @NazirHussin79



Karnival kerjaya terbesar di negara ini, Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2013 (BNYJF 2013) menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat, selain menyediakan platform kepada mereka bagi memulakan perniagaan secara dalam talian.

Pengerusi sekretariat, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kira-kira 30 hingga 40 syarikat yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian akan terlibat dalam karnival dengan menawarkan skim-skim khas yang boleh diceburi golongan belia.

“Kepada pencari kerja di seluruh negara khususnya golongan muda, jangan lepaskan peluang menyertai karnival ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula esok hingga 29 September,” katanya, semalam.

Selain itu katanya, pengunjung boleh membuat permohonan secara dalam talian bagi kerja-kerja yang ditawarkan selain menyerahkan resume secara terus kepada majikan-majikan di sana.

Nazir berkata, BNYJF 2013 turut menyediakan laman khas di Facebook serta aplikasi khas mudah alih di telefon pintar yang boleh dimanfaatkan pencari kerja.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive