sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 29 March 2014

PANAS !!! COMANGO SENGAJA CETUS POLEMIK #anticomango @NajibRazak @tunfaisal



Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sengaja mempolemikkan pendirian tegas kerajaan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah yang mereka kemukakan pada sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland, Khamis lalu.

Ketua delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin berkata, wakil-wakil Comango telah menganjurkan acara sampingan di Geneva pada Jumaat lalu bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan itu.

Menurut beliau, wakil Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh menuduh polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa mendiskriminasi golongan LGBT sedangkan matlamat mereka adalah untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia di Geneva, Khamis lalu, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.

Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti LGBT.

Selain itu, Azril menjelaskan, wakil Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa Undang-undang Keluarga Islam tidak mendiskriminasi golongan wanita.

“Comango terus campur tangan dalam hal ehwal undang-undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia berhubung kewujudan diskriminasi terhadap wanita Islam.

“Mereka juga mendesak Malaysia menarik semula pengecualian di dalam beberapa konvensyen berkaitan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),” ujarnya.

Beliau turut membidas Comango kerana membuat tuduhan palsu kononnya mereka ditindas dan diberi layanan buruk ekoran memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia.

“Hakikatnya, Kementerian Dalam Negeri hanya mengisytiharkan status pendaftaran NGO-NGO di bawah Comango dan tidak kesemuanya berdaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

“Walaupun tidak berdaftar, mereka masih dibenarkan bersuara namun membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini” ujarnya.



Dr. Abdal Hakim Murad

Dalam perkembangan lain, Azril berkata, delegasi MuslimUPRo kini berada di London, United Kingdom (UK) untuk bertemu dengan tokoh-tokoh sarjana Islam termasuk Dekan Kolej Islam Universiti Cambridge, Dr. Abdal Hakim Murad.

Tambah beliau, pertemuan turut diadakan dengan beberapa pertubuhan seperti Majlis Muslim Britain, Campaign Against Criminalizing Communities (Campacc) dan Gabungan Peguam-peguam Muslim London.

“MuslimUPRo juga dalam proses melantik sarjana-sarjana Islam terkemuka Eropah untuk menyertai sarjana dan aktivis Islam di Malaysia ke International Council of Experts yang akan diwujudkan bagi membantu pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia,” katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive