sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 21 March 2014

PANAS !!! SISTEM DATA LHDN UNTUK BR1M SANGAT TERUK DAN MENYUSAHKAN RAKYAT !!! @NajibRazak




Banyak juga aku dapat email dari pembaca blog ni dan rakan-rakan yang tidak berjaya mendapat BR1M 3.0 tahun ni atas alasan yang macam-macam. Mereka terpaksa membuat rayuan yang akan dibuka pada awal bulan 4 nanti. 

Aku tak nak tulis panjang lebar pasal isu ni , aku akan cerita seringkas mungkin . 

Email 1 - (FARHAN) katanya beliau ( suami) pada BR1M 2.0 selepas buat rayuan telah berjaya mendapat BR1M 2.0 , sebelum itu beliau tidak berjaya kerana bekas isteri beliau telah mendaftar dan meletakkan nama anak-anak dibawah jagaannya padahal anak-anak dibawah jagaan beliau (suami) bukan isterinya. Setelah membuat rayuan dan menunjukkan bukti mahkamah bahawa anak-anak dibawah jagaan beliau (suami) akhirnya beliau berjaya dalam rayuan dan mendapat BRIM 2.0.

Pada BRIM 3.0 setelah lama menunggu, beliau (suami) mendapat surat menyatakan tidak berjaya mendapat kerana bekas isterinya telah menerima BRIM kerana alasan sama iaitu anak-anak dibawah jagaan bekas isterinya padahal segala surat mahkamah telah telah diberikan semasa proses rayuan BRIM 2.0 . Beliau tertanya-tanya kenapa LHDN yang mengendalikan BRIM tidak UPDATE sistem yang dibuat ? Beliau diarahkan buat rayuan sekali lagi pada awal bulan 4 nanti setelah proses untuk rayuan dibuka !! 

AKU : INI MENYUSAHKAN RAKYAT !!! 

Email 2 : (SYAHRIZAN)  Beliau sebelum ini mendapat BRIM 1.0 dan 2.0 kerana bergaji kurang dari RM 1500 tetapi untuk BRIM 3.0 beliau tidak berjaya atas alasan dari LHDN kerana beliau memiliki sebuah motosikal berkuasa 800 cc . Menurut beliau motosikal itu didaftarkan atas nama beliau tetapi digunakan oleh saudara beliau dan juga dibayar oleh saudara beliau. Beliau terpaksa membuat rayuan atas faktor itu tetapi berkemungkinan menurut LHDN , rayuan itu 'MUNGKIN' tidak akan berjaya kerana beliau pemilik berdaftar motosikal itu. 

Seorang Teman 1 : Katanya beliau tidak berjaya kerana beliau tersilap meletakkan no akaun pada borang yang di update untuk BRIM 3.0 , sebelum ini beliau berjaya mendapat BRIM . Atas alasan itu beliau dikehendaki membuat rayuan kepada LHDN

Ini antara yang sempat aku masuk , banyak lagi sebenarnya luahan rakyat pasal BRIM 3.0 ini , sistem LHDN nampak sangat teruk dan paling ketara adalah jawapan dari PIHAK LHDN bahawa untuk MAKLUMAT YANG DIBERIKAN SEMASA PROSES RAYUAN TIDAK DIUPDATE dan mereka yang layak kena daftar semula dan sertakan semua bukti semula setiap kali LHDN membuka pendaftaran BRIM !!

Pada Aku kena perlu susahkan rakyat ?? LHDN tidak pernah UPDATEkah segala maklumat yang sahih diberikan oleh rakyat ??? kenapa perlu setiap kali BRIM diberikan ada saja masalah terutama KES bertindih seperti Bekas suami daftar anak dibawah jagaan beliau dan isteri tidak dapat padahal anak itu di bawah jagaan isterinya dan diberikan maklumat yang sahih juga sebaliknya kepada si suami yang tidak dapat BRIM kerana anak-anak didaftarkan dibawah jagaan isteri padahal anak-anak dibawah jagaan suami dan maklumat sahih di berikan kepada LHDN . 

LHDN perlu berubah dan lebih profisional kerana ini MARUAH kerajaan , Kerajaan memberi amanah kepada LHDN untuk memberi bantuan kepada rakyat !! Nampaknya untuk kali ini LHDN tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna dan sangat memalukan Kerajaan kerana kelemahan sistem data mereka !! 

Kerajaan harus bertindak sebelum rakyat muak dan mula bosan dengan pelbagai masalah dan karenah LHDN !! 

DUIT RAKYAT HAK RAKYAT !!! 


1 comment:

Anonymous said...

salam ye..setahu saya,mcm kes encik farhan tu,bekas isteri yg kena buat kemaskini keluarkan nama anak2.sbb lhdn xboleh sewenang2 nye kemaskini bg pihak isteri kalo dia xdtg sendiri.sbb bekas isteri tu boleh buat report polis.selidik la dulu ye encik.n bg kes motosikal tu, boleh je lulus. tunjuk slip gaji sume xde masalah

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive