sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 25 March 2014

TRAGEDI #MH370 : PM KECEWA SIKAP PEMBANGKANG !!!! #PRAYFORMH370



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kesal kepada pihak yang mempolitikkan isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang baru-baru ini.

Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata tindakan tersebut tidak wajar diungkapkan pada sesi ucapan PRK DUN Kajang lalu di atas sebab bukan masanya untuk mempolitikkan isu tersebut.

"Masa ini bukan masa untuk kita untuk mempolitikkan isu ini.

"Isu MH370 tidak wajar sama sekali dijadikan bahan dalam ucapan semasa PRK DUN Kajang baru-baru ini," katanya tengah hari ini ketika membentang usul khas tragedi MH370 di Dewan Rakyat di sini hari ini.





Sebelum ini, isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 disentuh oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kerajaan sengaja mempolitikkan status juruterbang yang juga penyokong fanatik beliau.

Malah kemunculan 'Raja Bomoh' yang digelar 'Bomoh 1Malaysia' turut menjadi isi kandungan dalam ucapan Anwar sambil mendapat gelak tawa penyokong sebagai suara latar.

Tambah Najib, dibawah usul tersebut, Dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal pesawat berkenaan.

"Bahawa Dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

"Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi," katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive