sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 28 March 2014

#MH370 : ISU BOMOH, KENYATAAN DATO SERI JAMIL! !! #PRAYFORMH370



Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan

"Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.

Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.

Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.

Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.

Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.

Persidangan dewan bersambung Isnin depan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive