sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 25 March 2014

TRAGEDI #MH370 : PM ARAH POLIS SIASAT SEGENAP SUDUT TRAGEDI INI !! #PRAYFORMH370



RAKYATNEWS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi daripada segenap sudut berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, walaupun jawapan sebenar kepada misteri kehilangan pesawat itu hanya boleh diketahui melalui rakaman perbualan kokpit dalam kotak hitam, namun mereka perlu komited dan profesional semasa menjalankan siasatan.

"Siasatan lain amat perlu dilakukan kerana keluarga mangsa mahukan jawapan segera. Ini merupakan satu tragedi besar dan menyayat hati Malaysia dan negara lain.

"Misi menjejaki pesawat MH370 dijalankan bersama PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan 26 buah negara, namun siasatan punca kejadian perlu dilakukan secara rapi bagi mengurangkan spekulasi," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar malam tadi, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sehubungan itu, polis telah mengambil keterangan lebih 50 individu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat terbabit.

Pada sidang media yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut berkata, antara yang sudah diambil keterangannya ialah staf Jabatan Penerbangan Awam, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia selain anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.


Siasatan masih berdasarkan kepada empat aspek yang diumum sebelum ini iaitu kemungkinan dirampas, sabotaj, keadaan psikologi dan masalah peribadi penumpang serta anak kapal.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Foto - AP

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive