sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 20 March 2014

TERKINI #MH370 : KENYATAAN BARACK OBAMA MENGENAI PESAWAT MH370 !!! #PRAYFORMH370




Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini berkata pencarian untuk pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang menjadi keutamaan untuk negara itu.

Menurut laporan AFP, Obama berkata Amerika Syarikat menawarkan semua pertolongan yang mungkin termasuk FBI, untuk tujuan itu.

Obama turut berkata beliau menawarkan doa kepada saudara-mara penumpang hilang.

“Kami ingin memberi keyakinan bahawa kita mengutamakan perkara ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang rapat dengan kerajaan Malaysia,” kata Obama dalm satu temubual di Rumah Putih.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive