sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 27 March 2014

PANAS!! UNDANG2 SIBER DI PERKETAT #SIBER


Penguatkuasaan undang-undang siber sedia ada perlu diperketatkan lagi bagi membendung masalah penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan penggunaan media sosial secara bebas di kalangan rakyat menyebabkan berlakunya pelbagai fitnah dan tohmahan yang semakin berleluasa.

"Penguatkuasaan undang-undang yang tegas adalah kunci kepada penyelesaian masalah ini," kata beliau selepas ditemuramah dalam Ruang Bicara di Bernama TV semalam.

Beliau turut menyelar sikap segelintir pihak yang tidak bertanggunjawab dengan hanya tahu menabur pandangan tanpa mengetahui perkara yang sebenar melalui media sosial.

Katanya, bidang kuasa undang-undang siber sekarang perlu ditambah kerana undang-undang yang ada sekarang lebih kepada penguatkuasaan media cetak.

"Masalahnya sekarang hakim kita sendiri kurang faham mengenai hal-hal dunia siber, apa itu kemusnahan sekuriti atau dalam dunia maya," katanya.

Katanya, rakyat sekarang telah mula menggunakan media sosial untuk membuat pelbagai spekulasi dan pendapat terutamanya mengenai tragedi pesawat MAS MH370 dan mengambil kesempatan untuk menjadikannya sebagai isu politik.

Rais bagaimanapun memuji tindakan negara yang bersifat matang dalam menerima pelbagai kritikan daripada pihak luar.

"Tidak semua media asing memberikan liputan yang baik, malah ada juga yang menyatakan pandangan sinis terhadap negara, tapi Malaysia mampu menangani masalah tersebut," katanya. - Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive